Cadangan penambahbaikan:

Tiada.

Syarat
Meningkatkan pemahaman tentang pelaksanaanOutcome BasedEducation (OBE) di PPT dengan mengadakan program kesedaranmengenai pelaksanaan OBE.
Memastikan semua LO diambil kira dalam kursus program.



REKA BENTUK KURIKULUM DAN PENYAMPAIAN

Kekuatan:

2.1.1 Fakulti, Institut dan Pusat adalah bertanggungjawab dalam semua hal
berkaitan reka bentuk dan penyampaian kurikulum. Lembaga Fakulti diberikuasa untuk meluluskan sebarang keputusan berkaitan akademik danmenyerahkan kepada Senat untuk kelulusan sebelum ianya dilaksanakandi jabatan atau fakulti. Semua proses, langkah dan mekanismepembangunan kurikulum akan diuruskan oleh ahli jawatankuasa yangterdiri daripada pakar-pakar dalam bidang yang berkaitan di fakulti dandibantu oleh pegawai-pegawai pentadbiran fakulti. PPT telah merancanguntuk menyediakan sumber yang mencukupi pada semua peringkatsupaya program ini dapat dijalankan secara profesional dan efektif.

2.1.2 Program yang ditawarkan ini telah mengambil kira lapan (8) domain
Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF)yang didedahkan kepada pelajar melalui modul-modul, kursus-kursus,projek dan tugasan.PPT mendapatkan nasihat dan pandangan pakar darikalangan ahli akademik dan industri. Kurikulum program ini akan disemakoleh Fakulti Kejuruteraan dan ahli jawatankuasa akademik PPT secaraberkala berdasarkan maklum balas dari staf akademik dan pelajar untukpenambahbaikan dan memantapkan lagi kurikulum. Kurikulum program inijuga dibentangkan kepada profesor pelawat PPT dan pemeriksa luarsecara berkala untuk mendapatkan komen, cadangan atau maklum balas.Nama ahli-ahli pakar akademik dan industri ada disertakan.

2.1.3 Hasil pembelajaran akan dinilai ke atas pelajar dengan mengadakan
peperiksaan akhir, kerja kursus, kuiz, kerja rumah, ujian, projek
kumpulan/individu dan tugasan kumpulan/individu.

2.1.4 Jumlah kredit untuk bergraduat ialah 60 kredit. Pelajar dikehendaki
mengambil 17 kursus yang mana termasuk kursus major, minor, kursus
wajib PPT dan Mata Pelajaran Wajib (MPW) MQA. Mapping LO untuk
setiap kursus ada disertakan. Peratusan klasifikasi kursus seperti asas
major, minor dan kursus wajib serta MPW ada ditunjukkan dalam perkara2.3.1 di dalam dokumen MQA-01.


SULIT 2



SULIT                                                                                             MQA/PA 0628



2.1.5 Tempoh program adalah selama dua (2) semester panjang dan satu (1)
semester pendek untuk pelajar sepenuh masa (1 tahun) dan empat (4)
semester panjang dan dua (2) semester pendek untuk pelajar separuh
masa (2 tahun).

2.1.6 Bahasa pengantar ialah Bahasa Inggeris. Kaedah pengajaran yang
digunakan ialah secara kuliah, tutorial dan latihan amali.

Kelayakan kemasukan:

a. Lulus peperiksaan Shahadah Thanawiyyah Ammah (wajib selepas tamat
12 tahun sekolah rendah dan menengah) dengan 3 kredit, termasuk
Matematik; atau
b. Lima (5) kredit termasuk Matematik dan Fizik dalam Sijil Pelajaran
Malaysia; atau
c. Lima (5) kredit termasuk Matematik dan Fizik dalam General Certificate of
Education Ordinary Level (GCE) ‘O’ Level Examination (UK Education
System); atau
d. Lima (5) kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia dengan kredit dalam
Matematik, Matematik Tambahan, Sains, English, Bahasa Malayu atau
Bahasa Arab atau kelayakan setara;
e. Lain-lain sijil atau kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga Akademik
Universiti sebagai setara dengan kelayakan di atas.

Kelayakan Bahasa:

Pelajar yang bahasa ibunda selain daripada Bahasa Inggeris perlu
memperolehi skor berikut:
a. 550 TOEFL; atau
b. 6.0 band IELTS.
c. Jika pelajar tidak memperolehi keputusan seperti di atas, pelajar perlu lulu
English Placement Test (MEPT) MEDIU dengan memperolehi mata
minimum 6.0.

2.2 Perkara yang perlu diberi perhatian:

2.2.1 Syarat kelayakan kemasukan di atas iaitu (b) dan (d) adalah daripada Sijil
Pelajaran Malaysia tetapi tidak sama.
2.2.2 Terdapat kursus-kursus yang mapping dalam perkara 1.2.2 tidak sama
dalam maklumat setiap kursus dalam perkara 2.3.3.
2.2.3 Maklumat dalam 1.2.2 menunjukkan tiada satu kursus yang mempunyai
LO berkenaan ethics dan scientific method. (Rujuk maklumat di muka surat
7).
2.2.4 Terdapat bahan rujukan utama dan tambahan yang sudah melebihi lima
(5) tahun.



SULIT  3







SULIT                                                                                             MQA/PA 0628

2.2.5 Kursus yang ditawarkan hanya memberi penekanan kepada kursus Fizik
dan Matematik yang mana sesuai untuk Kejuruteraan Elektrik, Awam atau
Mekanikal. Tiada kursus yang berkaitan dengan Biologi dan Pertanian
ditawarkan yang sesuai untuk pelajar ikuti jika berminat untuk mengambil
Kejuruteraan Biologi, Pertanian atau Proses Makanan. Oleh yang demikian
adalah lebih baik jika PPT dapat menawarkan kursus Kimia, Biologi dan
Pertanian sebagai elektif supaya pelajar boleh memilih kursus tersebut
mengikut minat mereka jika mereka ingin menyambung pelajaran ke
peringkat Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan.

2.2.6 Bagi program peringkat Foundation, PPT dibenarkan untuk buat tiga (3)
semester panjang setahun. Sekiranya PPT menjalankan program dengan
2 semester panjang dan 1 semester pendek setahun, maka beban kredit
bagi setiap semester adalah tinggi. Semester 1 sebanyak 30 kredit,
Semester 2 sebanyak 25 kredit dan Semester 3 (semester pendek)
sebanyak 5 kredit. Ianya melebihi kredit yang disyorkan oleh MQA iaitu 18
kredit setiap semester. PPT dicadangkan untuk mengadakan tiga (3)
semester panjang bagi mengelakkan bebanan pembelajaran yang sangat
tinggi di setiap semester.



2.3 Cadangan penambahbaikan:

2.3.1 Mewujudkan jadual (Table) cadangan skema penawaran kursus mengikut
semester supaya penilai dapat melihat dengan lebih jelas kursus yang
ditawarkan serta beban kredit bagi setiap semester.
Ulasan bagi kursus-kursus yang berkaitan di nyatakan di dalam Jadual 1 di
bawah.















SULIT 5




SULIT                                                                                             MQA/PA 0628











































2.3.2 Menawarkan kursus Kimia, Biologi dan Pertanian sebagai Elektif agar
pelajar dapat memilih kursus tersebut mengikut minat mereka jika merekaingin menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda berkaitan.


2.3.3 Menambah bilangan semester pengajian dengan mengadakan tiga (3)
semester panjang bagi mengelakkan bebanan pembelajaran yang sangat
tinggi di setiap semester.



2.4 Syarat:

2.4.1 Menyemak syarat kelayakan kemasukan melalui Sijil Pelajaran Malaysia
bagi (b) dan (d) kerana mengelirukan:

-        Lima (5) kredit termasuk Matematik dan Fizik dalam Sijil Pelajaran
Malaysia; dan
-        Lima (5) kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia dengan kredit dalam
Matematik, Matematik Tambahan, Sains, English, Bahasa Malayu atau
Bahasa Arab atau kelayakan setara;
                  
SULIT 6




SULIT                                                                                             MQA/PA 0628



2.4.2 Memastikan ada pra-syarat bagi kursus yang memerlukan asas yang
kukuh sebelum meneruskan pengambilan kursus ke tahap yang lebih
tinggi.

2.4.3 Menyediakan bahan rujukan dengan versi terkini sekurang-kurangnya lima
(5) naskah bagi setiap judul serta menyediakan bahan bacaan lain untuk
rujukan pelajar.

2.4.4 Mengemukakan nama staf akademik yang berkelayakan dalam bidang
yang sesuai bagi semua kursus yang ditawarkan serta memastikan staf
akademik mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan yang sesuai
dengan kursus yang diajar.


3.PENILAIAN PELAJAR

3.1 Kekuatan:

3.1.1 Proses pemantauan penilaian pelajaran dipantau oleh fakulti dan dikawal
oleh Dekan, Timbalan Dekan dan Ketua Jabatan. Kaedah penilaian yang
akan dipantau termasuklah pelan pembelajaran, penilaian berterusan,
verifikasi pelan pengajaran dan penggunaan taksonomi, pembelajaran
berpusatkan pelajar dan kemahiran insaniah. Penilaian kursus direka
bentuk agar memenuhi LO kursus tersebut. Soalan peperiksaan akhir akan
dipantau oleh pemeriksa luar secara berkala, serta diaudit secara berkala
oleh ahli jawatankuasa. Pelajar akan dinilai secara berterusan dan
keputusannya akan disimpan di dalam pangkalan data pelajar. Kaedah
penilaian adalah untuk menentukan sama ada pelajar telah mencapai
matlamat dan PO serta LO untuk setiap kursus. Kaedah penilaian adalah
tertakluk kepada standard dan moderasi yang ditentukan oleh PPT.

3.1.2 Soalan peperiksaan akhir dan rekod akademik disimpan dalam bilik kebal
dan hanya boleh diakses oleh personel yang dibenarkan. Hanya staf
akademik kursus atau koordinator yang dibenarkan untuk memasukkan
markah bagi setiap kursus. Pelajar boleh mengakses rekod akademik
mereka secara atas talian menggunakan portal pelajar.



3.2 Perkara yang perlu diberi perhatian:

Tiada.



3.3 Cadangan penambahbaikan :

Tiada.








SULIT 7



SULIT                                                                                             MQA/PA 0628

3.4 Syarat:

Tiada.


4.      PEMILIHAN DAN KHIDMAT SOKONGAN PELAJAR

4.1 Kekuatan:

4.1.1 Ahli jawatankuasa pemilihan pelajar yang terdiri daripada pegawai
pentadbiran dan dekan fakulti terbabit bertanggungjawab untuk pemilihan
pelajar untuk fakulti tersebut. Pemilihan pelajar bergantung kepada
kelayakan kemasukan dan kekosongan bagi fakulti tersebut. Sekiranya
terdapat pelajar yang memohon tetapi tidak memenuhi kelayakan
kemasukan seperti yang ditetapkan, kelayakannya akan disemak dan
ditentukan oleh ahli jawatankuasa dari Bahagian Hal-Ehwal Pelajar. Pelajar
boleh membuat rayuan sekiranya permohonannya gagal dengan
mengemukakan alasan dan bukti-bukti yang berkaitan. PPT menyediakan
kursus asas untuk pelajar yang tidak memenuhi kelayakan minimum
(khasnya bagi pelajar-pelajar yang tidak mempunyai kelayakan Bahasa
Inggeris yang memuaskan).

4.1.2 Pelajar dibenarkan untuk bertukar dari satu program ke program lain di
PPT dengan syarat pelajar memenuhi kelayakan minimum yang ditetapkan
oleh program/fakulti baru yang dimohon itu. Pelajar boleh mendapat
pemindahan kredit bagi kursus yang telah diambil dari program
sebelumnya. Pemindahan kredit bergantung kepada kursus yang telah
diambil dan bukannya keseluruhan program.

4.1.3 PPT menyediakan khidmat kaunseling kepada pelajar secara individu atau
kumpulan berhubung masalah akademik, personal dan disiplin. Kaunselor

PPTmempunyai kelulusan dan kelayakanprofesional.
JabatanPeperiksaan dan Rekod bertanggungjawab ke atas pemeliharaan rekod
pelajar.

4.1.4 PPT belum mempunyai Alumni kerana belum ada pelajar yang tamat
pengajian. Walau bagaimanapun PPT akan menggalakkan pelajar yang
akan tamat pengajian untuk membentuk Alumni.


4.2 Perkara yang perlu diberi perhatian:

4.2.1 Tidak dinyatakan gred minimum kursus yang dipohon untuk pemindahan
kredit dari satu program ke program lain.

4.2.2 Ketiadaan rangkaian alumni.


4.3 Cadangan penambahbaikan:

4.3.1 Menyatakan gred minimum kursus dan peratus pertindihan untuk tujuan
pemindahan kredit.

                                                                                                       SULIT 8



SULIT                                                                                                      MQA/PA 0628



4.3.2 Mewujudkan rangkaian alumni pelajarnya pada masa hadapan untuk
membantu pelajar dalam membuat persediaan menuju alam kerjaya
profesional.



4.4 Syarat:

Tiada.





5.STAF AKADEMIK

5.1 Kekuatan:

5.1.1 PPT telah menetapkan polisi dan peraturan untuk pengambilan staf

akademik. Stafakademik mesti mempunyaikelayakan sekurang-

kurangnya satu aras lebih tinggi dari kelayakan program yang ditawarkan.

5.1.2 Terdapat lima (5) orang staf akademik yang disenaraikan dan mempunyaikelayakan seperti berikut: dua (2) orang berkelayakan Doctor ofPhylosophy (PhD) dan tiga (3) orang yang berkelayakan Ijazah Sarjana.Semua staf akademik bertaraf kontrak.Staf akademik diambil darikalangan mereka yang mempunyai kelayakan yang sesuai serta fasih danmahir dalam Bahasa Inggeris.Pada masa ini, PPT tidak mempunyaimekanisme dan prosedur untuk pembangunan profesional dan kerjaya stafakademik.Walau bagaimanapun, staf akademik dibenarkan untukmengambil bahagian dalam aktiviti profesional, akademik dan lain-lain aktivit yang berkaitan pada peringkat nasional dan antarabangsa melaluicuti berkaitan dan bantuan kewangan.



5.2 Perkara yang perlu diberi perhatian:

5.2.1 PPT tidak mempunyai staf akademik yang berkelayakan untuk mengajar
kursus Kimia.

5.2.2 Setakat ini, PPT belum mengagihkan beban pengajaran untuk semua
kursus program ini. Adalah dikhuatiri siapakah staf akademik yang sesuaiuntuk ditugaskan bagi setiap kursus.



5.3 Cadangan penambahbaikan:

Tiada.

5.4 Syarat:

5.4.1Memastikan staf akademik mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitanyang sesuai dengan kursus yang diajar.



SULIT 9



SULIT                                                                                                      MQA/PA 0628



5.4.2 Menyemak kembali beban pengajaran staf akademik agar bersesuaian
dan tidak terlalu berat.


6.SUMBER PENDIDIKAN

6.1 Kekuatan:

6.1.1 Terdapat beberapa bilik kuliah, makmal IT, kemudahan perpustakaan,
peralatan komputer dan lain-lain berkenaan disenaraikan. Pelajar diberi
kemudahan pengajaran dan pembelajaran di atas talian, akses internet
tanpa had dan perkhidmatan makmal komputer.

6.1.2 Kemudahan pembelajaran akan sentiasa dipantau dan dikaji supaya ia
memenuhi keperluan staf akademik, pelajar dan program yang dijalankan.



6.2 Perkara yang perlu diberi perhatian:

6.2.1 Maklumat tentang kemudahan dan peralatan yang terdapat di dewan
kuliah, bilik tutorial dan lain-lain seperti dalam perkara 6.1.1 Table 5, tidak
disenaraikan.

6.2.2 Kemudahan dan makmal untuk kursus Chemistry (PCHM1123) dan Physic
Laboratory (PPHY1112) tidak dinyatakan.

6.2.3 Buku-buku yang berkaitan dengan program akan dibeli selepas program
diluluskan, justeru dikhuatiri berapakah anggaran naskah bahan rujukan
bagi program ini.



6.3 Cadangan penambahbaikan:

6.3.1 Menyenaraikan maklumat tentang kemudahan dan peralatan yang terdapat
di dewan kuliah dan bilik tutorial serta kemudahan dan makmal untuk
kursus Chemistry (PCHM 1123) dan Physic Laboratory (PPHY 1112).



6.4 Syarat:

6.4.1 Menyediakan makmal Chemistry (PCHM1123) dan Physic Laboratory
(PPHY1112) di PPT untuk kemudahan pembelajaran dan pengajaran.

6.4.2 Menyediakan bahan rujukan dengan versi terkini sekurang-kurangnya lima
(5) naskah bagi setiap judul serta menyediakan bahan bacaan lain untuk
program ini.






SULIT 10



SULIT                                                                                             MQA/PA 0628


7.PEMANTAUAN DAN SEMAKAN SEMULA PROGRAM


7.1 Kekuatan:

7.1.1 Program akan melalui prosespenilaian berterusan dengan cara

mendapatkan maklum balas dari staf akademik, pelajar dan industri.
Penilai luar yang pakar dalam bidang berkaitan akan dilantik untuk 3 tahun
bagi menilai kurikulum, staf akademik, soalan dan jawapan peperiksaan,

infrastruktur, kemudahan dan sistem
Penambahbaikan akan dilakukan jika perlu.


7.2 Perkara yang perlu diberi perhatian:

Tiada.



7.3 Cadangan penambahbaikan:

Tiada.


7.4 Syarat:

Tiada.


8.KEPIMPINAN, GOVERNAN DAN PENTADBIRAN

8.1 Kekuatan:

8.1.1 Secara keseluruhannya, PPT mempunyai struktur pentadbiran danpengurusan yang teratur dan baik mengikut carta organisasi yangdilampirkan. Setiap unit mempunyai ketua dan bertanggungjawab kepadakelicinan perjalanan keseluruhan pentadbiran PPT.



8.2 Perkara yang perlu diberi perhatian:

Tiada.



8.3 Cadangan penambahbaikan:

Tiada.










        

SULIT 11



SULIT                                                                                                      MQA/PA 0628


8.4 Syarat:

Tiada.


9.PENAMBAHBAIKANKUALITIBERTERUSANDANSECARAMENYELURUH

9.1 Kekuatan:


9.1.1 Pada   masa   ini   BahagianPenyelidikandan   Pembangunan

bertanggungjawab ke atas penambahbaikan kualiti berterusan melalui
Pusat Pembangunan Akademik, Pusat Pembangunan Pentadbiran danPusat Latihan Korporat. Maklum balas dari stakeholderakan digunakan
sebagai asas untuk pembaikan program. Fakulti juga mengkaji persekitara dan situasi pada masa kini yang berkaitan dengan fakulti.Ia tela merancang untuk menawarkan program yang penting dan sesuai untu komuniti, pasaran dan negara. Pada keseluruhannya kolejmempamerkan pembaikan kualiti berterusan yang baik.



9.2 Perkara yang perlu diberi perhatian:

9.2.1 Perancangan sumber manusia yang teliti.



9.3 Cadangan penambahbaikan:

9.3.1 Merancang sumber manusia dengan lebih teliti.



9.4 Syarat:

Tiada.



Reference:

Al-Madinah International University
11th Floor, Plaza Masalam,
No.2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E/9E,
Section 9, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
TEL: +603 - 5511 3939 Ext: 404 Fax No: 03 - 5511 3940.


Post a Comment

Previous Post Next Post